Underground Info Exchange

Khamis, 17 Disember 2009

(Sukan Sea) Penantian 20tahun Berakhir


Alhamdulillah, akhirnya penantian selama 20 tahun berakhir jua. Emas untuk bola sepak Sukan SEA Laos 2009 akhirnya menjadi milik Malaysia setelah berjaya menumpaskan Vietnam 1-0. Walaupun Malaysia tewas 1-3 dengan Vietnam pada perlawanan peringkat kumpulan, tertebus juga kekalahan itu di pusingan akhir ini.

Walaupun sepanjang separuh masa pertama aksi pasukan Malaysia agak lemah, separuh masa kedua agak rancak dengan kedua-dua pasukan saling menyerang balas. Gol tunggal Malaysia hadir pada minit-minit terakhir perlawanan.

Malaysia yang berjersi biru menentang pasukan Vietnam yang berjersi putih. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas untuk bola sepak Sukan SEA ialah semasa edisi Sukan SEA Kuala Lumpur 1989. Perlawanan akhir tersebut diadakan di Stadium Merdeka dengan pasukan Malaysia menentang Singapura. Malaysia menang 3-1.

*Keputusan Penuh - Malaysia 1 - 0 Vietnam

Majulah Sukan Untuk Semua



0 ulasan: